Ukurlah baju pada badan sendiri..saya sering mengingatkan diri sendiri
JANGAN hanya nak beli barangan berjenama sahaja dan JANGAN hanya memakai pakaian atau aksesori tren terkini sahaja..ini akan menjadikan kita HAMBA FESYEN.
BIAR jadi diri sendiri, BIAR berbelanja ikut kemampuan...LESS IS MORE
Saya selalu dan lebih suka membeli barangan BUNDLE kerana itulah cara saya dan itulah dunia saya. Saya mampu dan sanggup bercrowded seharian di mana-mana bundle yang saya pilih..hasilnya kepuasan jauh dihati, barangan unik-unik dan takkan sama dengan apa yang orang lain ada. Shirt, skirt, jacket, seluar, dress dan apapun saya boleh dapatkan disana..dan tidak lupa juga kasut dan beg.
Ingat lagi semasa menuntut di Terengganu, world of bundle sepanjang Pantai Batu Buruk bundlenya siap ada service alteration lagi..sungguh indah. Selain itu saya selalu mengubahsuai/kitar semula sesuatu untuk mendapatkan kelainan dan sayang nak buang baju-baju lama. Begitu juga barangan yang murah dah tidak berjenama, jika kreatif ianya akan nampak eklusif dan grand tahu?
Saya lebih gemar memakai square scraf dari selendang mahupun tudung ekspress, lihat tudung dibawah yang bercorak stripe folded, saya jumpa di koleksi-koleksi lama my late mum. Ianya nampak ketinggalan ya, tapi bila bijak menggayakan...semua akan nampak nice n sweet.
Begitu juga dengan koleksi square scarf dibawah, saya beli dengan harga RM3.90 sahaja. Saya boleh gayakan apa juga style dengannya..saya amat sayangkan kesemuanya..
Yang ni pula shawl kesayangan saya, dengan hanya RM2.90 saya boleh bertukar-tukar gaya dengannya..inilah kesayangan saya kerana ianya mengingatkan kenangan saya selama di Terengganu..
Dengan ini, saya harap semua boleh mendapat manfaat dengan membaca entri saya kali ini..kalau nak tahu saya gayakannya macamana..ikuti entri D.I.Y k. Disinilah saya akan berkongsi dengan semua apa yang boleh kita buat dan ubah dengan sendiri..k, selamat mencuba.
Love you all.
No comments:
Post a Comment