Tuesday, 1 May 2012

COLOUR BLOCK

Saya amat selesa dengan warna warni dan kombinasi hitam putih.  Oleh itu Colour Block amat mencuri perhatian saya.  Ini bukanlah trend baru tapi ianya semakin bijak digayakan sehingga mampu mengeluarkan perkataan WOW!..disini ada serba sedikit info yang saya tahu pasal Colour Block ni, selamat membaca ya.

Apa dia Colour Block?

Colour Block adalah kombinasi dua atau lebih warna pada satu masa dengan erti kata lain, ia mengabungkan warna senada, warna terang, warna cerah, warna asas dan pelbagai kategori warna pada pemakaian.  Cara terbaik untuk memadankan Colour Block samada pada baju, seluar, tudung, beg, kasut atau sebagainya digabungkan bersama warna asas seperti warna hitam, putih, coklat dan kelabu ianya akan lebih nampak menonjol dan berkesan.




Ada apa dengan Colour Block?

Color Block boleh menonjolkan sesuatu yang simple dan ringkas tanpa bantuan perhiasan.  Selain itu, colour block boleh menyembunyikan sesuatu. Sesuatu???
Hurmmm..warna terang dan gelap mempunyai slimming effect, oleh itu ianya boleh menyembunyikan sesuatu yang tidak sepatutnya dikelihatan.  Ianya mampu mempengaruhi penglihatan dengan gabungan warna-warna, macam magik jugakan.. Gabungkan warna gelap @ terang dengan warna lembut dan cerah supaya ianya tidaklah nampak bosan dan kusam atau shock untuk warna terang.

Tip for slimming effect.

Jika anda mempunyai bentuk badan seperti pear, guna warna yang gelap dibahagian bawah.  Jika bentuk badan seperti apple, elakkan warna-warna terang dibahagian perut.  Cuma perlu tegaskan warna terang di bahagian kaki.  Jika bentuk badan anda seperti hourglass, ambil perhatian pada bahagian pinggang dengan colour block.