Wednesday, 21 August 2013

SNAP2 DI MT. KINABALU

KK - LD TRIP

Bismillah

Saya nak kongsikan sikit view-view Gunung Kinabalu dari jarak jauh hehehe..bilalah boleh sampai terus ke puncaknya kan..

Gambar ni diambil masa trip family ke Lahad Datu, singgah sekejap nak snap2 sikit untuk kenangan.




OTW to Lahad Datu, kita akan lalu Ranau, Kundasang dan kita akan lalu Pekan Nabalu juga..
Disepanjang jalan ni kita boleh nampak GUNUNG KINABALU.

Kami singgah sekejap di Pekan Nabalu, untuk berehat dan buang apa yang patut hehe..
gambar diatas adalah view Gunung Kinabalu dari Menara Pekan Nabalu..best !! sejuk, tambah pula udara pun segar.  Patut la Adira AF kulitnya gebu, tiada pencemaran di kampung halamannya ni.


Perasan tak ada bumbung2 kat gambar tu, disana ada jual barangan kraftangan Sabah, bolehlah beli untuk buah tangan.  Selain tu, disana pun ada jual bunga2 dari hutan berdekatan contohnya orkid. Terdapat beratus2 jenis orkid yang ada.



haaa nampak dah puncak gunung kann..kami kira beruntung la boleh nampak puncak gunung ni waktu begini, waktu matahari dah pacak atas kepala...sebab orang cakap, kalau kita tak bergerak dari KK dalam jam 5am-6am susah nak nampak puncak ni, sebab ditutupi awan dan kabus.
nasib menyebelahi kami kann..

Subhanallah, indah sungguh ciptaan-Mu ya Allah



 Selain itu, kita akan lalu satu tempat macam platform ni..boleh view gunung lebih dekat, macam gunung tu di hujung jari saja dekatnya..
Disinilah sesuai untuk kita nak buat sesi fotografi huhu..

OUR FAMILY
THE SISTERS
NOOR MOHD & PRINCESS
HUSBAND & ME
MOUNT KINABALU

 Sesiapa yang ada plan ke sana, disyorkan anda menyewa kenderaan sendiri, lebih senang nak singgah2..Untuk trip kami, kami sewa van Urvan Nissan yang dipandu oleh my husband sendiri dengan caj RM 250/day.

Tempat2 yang boleh disinggah disini, Kinabalu National Park, Poring ( kolam air panas ), Kuari ( kalau nak tengok bunga refflesia) , Ladang Tenusu ( macam kat New Zealand ) hehe ada lg yang tak tersenarai ni.  Tempat penginapan pun banyak ada hotel, resort dan motel.

ok bye, HAVE A NICE DAY : )



BLOG SAYA

Assalamualaikum w.b.t & hello..

Saya baru nak start berblog semula ni, in sha Allah akan terus update blog.  Sebenarnya entah berapa banyak blog dah saya created, tapi terbengkalai begitu saja.  ermm..bila dah berbulan2 tak update password semua lupa..

Blog yang inilah yang saya masih ingat passwordnya, yg dulu saya selalu updatekan.  Saya mulakan semula blog saya dengan entri perkahwinan abang saya, ' riena + agus ' jadilah rienagus hehe..

Saya tiba2 rasa tergerak hati nak sign up as a blogger ni bermula dari saya mengikuti blog penyanyi yang saya minati iaitu Yunalis Zarai.  Bila yuna mention blogger Suri Aryani ni telah menggayakan shawl dari butik miliknya IAMJETFUELSHOP, saya mulalah belek2 blog dia dari hari ke hari.  Dari situ juga saya boleh kenal blogger2 lain seperti Dian Pelangi, Hana Tajima, Nurul Cakap Cakap, dan ramai lagi terumanya member2 SCARFLET.

Dengan mengikuti2 cerita2 dari fashion blogger Malaysia nilah membangkitkan keinginan saya untuk createdkan blog saya ni..walaupun mungkin entri saya nanti tak la se'best' entri mereka kann..Saya mula berblog ni dengan harapan saya dapat berkongsi cerita dengan semua tentang apa yg saya minat, suka & selalu buat.  Walaupun usia blog saya ni dah setahun, tapi sebenarnya saya masih baru lagi di alam blog ni.


HAPPY READING : )