Wednesday, 30 May 2012

TIE DYE




Tie Dye sleeveless - RM3
Mini Cardigan - RM5

semuanya dari bundle, tidak mencecah RM10 pun dah boleh selesa berpakaian

Monday, 28 May 2012

WAIST PANT




Bila orang pakai Waist Pant, saya nak pakai juga..Entah la, memang dah jiwa saya serasi dengan bundle saya jumpa seluar ni..Jangan terkejut kalau saya cakap harganya RM5.  Tak perlu nak habiskan banyak duit, saya pun boleh dapatkan seluar ni.  Lagi unik, tidak akan sama dengan sesiapa pun : )




Thursday, 24 May 2012

D.I.Y SQUARE HIJAB

Saya lebih suka gayakan Square Hijab daripada shawl..ni semua adalah cara saya stylekan square hijab saya






Datin Norjuma inspired
Dian Pelangi inspired
Hana Tajima inspired

Simple n tidak mengambil masa yang lama untuk siapkan.. Selamat mencuba : )

untuk pengetahuan juga, square hijab yang saya pakai semua ni ada di The Sifu's Closet.

Friday, 18 May 2012

KEHILANGAN

7 RABIULAWAL 1433 H. / 31 JANUARI 2012 kepergiannya mak tersayang meragut jiwa dan raga kami sekeluarga..Ya Allah, kuatkanlah semangat kami untuk meneruskan kehidupan ini.  Walaupun perit, jiwa terasa kosong, patah sebelah sayap namun hidup ini harus diteruskan.  Kerana itulah ketentuan-Nya.  Walau menangis air mata darah sekalipun tak datang kembali yang telah pergi.  Bukanlah pemergiannya tidak diredhai namun pemergiannya hilang tiada ganti.

Tanggal 19 Mei 2012, kenduri tahlil untuk ke-100 hari pemergiannya, macam tak terasa..semakin jauh dia pergi, semakin gila rindu ini padanya,  apa tidaknya kalau sebelum ini dialah yang paling sibuk jika ada kenduri dalam keluarga ni, lauk apa? jam berapa? bila? semua dia yang uruskan. Sedar tak sedar kenduri kali ini adalah kenduri untuknya..Subhanallah, sungguh hebat dugaan dari-Mu dan kuasa-Mu.

Siapa saja tidak akan tahu bila akan pergi menghadap Yang Maha Esa.  Mungkin saya esok, dia esok, kamu esok, siapa tahu.  Mak pernah cakap, dia minta sangat-sangat kat Allah s.w.t jika ditakdirkan umurnya tidak panjang, janganlah dia menyusahkan orang lain dalam keadaan sakit tenat atau apapun yang bolah menyusahkan anak-anak.  Ternyata Allah s.w.t makbulkan doanya.  Mak pergi dalam keadaan sihat, masih boleh berjalan, bercakap dan tersenyum melayan telatah cucu-cucu kesayangannya.  Mak pergi tanpa melalui kesakitan.  Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t makbulkan doa mak..



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang

Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh ibuku Zaliha Hj Tai, Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih.
Amin Yarabalalamin


miss u & love u so much

Friday, 11 May 2012

TERPAKSA

biar TERPAKSA menutup aurat
biar TERPAKSA sembahyang
biar TERPAKSA berpuasa

lama-lama akan TERBIASA
bila dah TERBIASA
KEIKHLASAN akan datang

kalau dulu TERPAKSA pakai tudung, bila dah TERBIASA mesti nak pakai cantik-cantik dan macam-macam di aplikasi untuk memperbaiki pemakaian tudung..apa kata sembahyang, berpuasa pun camtu kan..

ISLAM KEKAL & SEDERHANA, tiada perubahan macam pembubaran akta, dulu dan selamanya tetap SATU.





Insya Allah..Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Thursday, 10 May 2012

HIJAB @ KERUDUNG

Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."

Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
  • Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
  • Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
  • Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.
Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
  • Burqa (Bahasa Arab: برقع‎) ialah tudung atau jilbab yang menutup seluruh muka perempuan. Di Afghanistan, wanita yang memakai burqa biasanya menggunakan topeng jarang berlubang-lubang melindungi bahagian muka.
    Islam tidak mewajibkan memakai burqa. Namun di kebanyakan negara Islam konservatif seperti Afghanistan dan Yaman, ramai penduduknya memakai burqa.
    Burqa
  • Tudung labuh atau mini telekung.
  • Tudung bersegi seperti tudung bawal.
  • Tudung sarung atau tudung mini.
  • Selendang.
  • Skarf.
  •  Niqāb dianggap secara berbeza oleh sekolah-sekolah yang berlainan perundangan Islam itu (madhāhab). Isu itu telah meneruskan membangkitkan perbahasan antara cendekiawan-cendekiawan Islam dan pakar undang-undang kedua-dua dahulu dan sekarang berkenaan samada ia fard (wajib) atau Mustahabb (amat dicadangkan) untuk seorang wanita untuk pakai niqāb. Umat Islam Salafi percaya begitu seorang wanita aurat di depan lelaki tidak berkaitan adalah keseluruhan badannya termasuk mukanya dan tangan.

Niqab / Purdah
 info dr wikipedia

Thursday, 3 May 2012

FESYEN

Ukurlah baju pada badan sendiri..saya sering mengingatkan diri sendiri

JANGAN hanya nak beli barangan berjenama sahaja dan JANGAN hanya memakai pakaian atau aksesori tren terkini sahaja..ini akan menjadikan kita HAMBA FESYEN.

BIAR jadi diri sendiri, BIAR berbelanja ikut kemampuan...LESS IS MORE

Saya selalu dan lebih suka membeli barangan BUNDLE kerana itulah cara saya dan itulah dunia saya.  Saya mampu dan sanggup bercrowded seharian di mana-mana bundle yang saya pilih..hasilnya kepuasan jauh dihati, barangan unik-unik dan takkan sama dengan apa yang orang lain ada. Shirt, skirt, jacket, seluar, dress dan apapun saya boleh dapatkan disana..dan tidak lupa juga kasut dan beg.

Ingat lagi semasa menuntut di Terengganu, world of bundle sepanjang Pantai Batu Buruk bundlenya siap ada service alteration lagi..sungguh indah.  Selain itu saya selalu mengubahsuai/kitar semula sesuatu untuk mendapatkan kelainan dan sayang nak buang baju-baju lama.  Begitu juga barangan yang murah dah tidak berjenama, jika kreatif ianya akan nampak eklusif dan grand tahu?

Saya lebih gemar memakai square scraf dari selendang mahupun tudung ekspress,  lihat tudung dibawah yang bercorak stripe folded, saya jumpa di koleksi-koleksi lama my late mum.  Ianya nampak ketinggalan ya, tapi bila bijak menggayakan...semua akan nampak nice n sweet.



Begitu juga dengan koleksi square scarf dibawah, saya beli dengan harga RM3.90 sahaja.  Saya boleh gayakan apa juga style dengannya..saya amat sayangkan kesemuanya..


Yang ni pula shawl kesayangan saya, dengan hanya RM2.90 saya boleh bertukar-tukar gaya dengannya..inilah kesayangan saya kerana ianya mengingatkan kenangan saya selama di Terengganu..



Dengan ini, saya harap semua boleh mendapat manfaat dengan membaca entri saya kali ini..kalau nak tahu saya gayakannya macamana..ikuti entri D.I.Y k.  Disinilah saya akan berkongsi dengan semua apa yang boleh kita buat dan ubah dengan sendiri..k, selamat mencuba.

Love you all.

Wednesday, 2 May 2012

DETACHABLE COLLAR

Detachable Collar bukanlah penampilan baru diperkenalkan, ianya lebih kepada keperluan berpakaian formal contohnya untuk berurusan diluar kawasan tanpa perlu membawa banyak pakaian hanya perlu beri kelainan pada collar dan juga mengelak baju yang sama rosak dibahagian collar akibat kesan kotoran yang susah nak tanggal.  Detachable Collar adalah lebih mudah untuk dibasuh, dan ianya dibangunkan bersama-bersama dengan "tali leher".


Detached Collar yang mula diperkenalkan

Tapi sekarang, Detached Collar bukanlah lagi pakaian semata malahan menjadi alat perhiasan untuk merias baju yang polos dan boleh digunakan untuk banyak baju.  Bukanlah seperti labuci atau kristal tampal yang hanya boleh digayakan pada pakaian tersebut sahaja kerana ianya kekal.


Blogger Jezmine Blossom & Nurul Hidayati menggayakan Detached Collar



Ianya juga boleh digunakan oleh wanita bertudung kerana kebayakan Flexibal Detached Collar adalah tied up, maka ianya boleh dilaraskan mengikut labuh tudung.

Flexibal Detachable Collar

The Sifu’s Closet ada stock Detached Collar untuk May Sifuster, klik di sini .


Tuesday, 1 May 2012

COLOUR BLOCK

Saya amat selesa dengan warna warni dan kombinasi hitam putih.  Oleh itu Colour Block amat mencuri perhatian saya.  Ini bukanlah trend baru tapi ianya semakin bijak digayakan sehingga mampu mengeluarkan perkataan WOW!..disini ada serba sedikit info yang saya tahu pasal Colour Block ni, selamat membaca ya.

Apa dia Colour Block?

Colour Block adalah kombinasi dua atau lebih warna pada satu masa dengan erti kata lain, ia mengabungkan warna senada, warna terang, warna cerah, warna asas dan pelbagai kategori warna pada pemakaian.  Cara terbaik untuk memadankan Colour Block samada pada baju, seluar, tudung, beg, kasut atau sebagainya digabungkan bersama warna asas seperti warna hitam, putih, coklat dan kelabu ianya akan lebih nampak menonjol dan berkesan.




Ada apa dengan Colour Block?

Color Block boleh menonjolkan sesuatu yang simple dan ringkas tanpa bantuan perhiasan.  Selain itu, colour block boleh menyembunyikan sesuatu. Sesuatu???
Hurmmm..warna terang dan gelap mempunyai slimming effect, oleh itu ianya boleh menyembunyikan sesuatu yang tidak sepatutnya dikelihatan.  Ianya mampu mempengaruhi penglihatan dengan gabungan warna-warna, macam magik jugakan.. Gabungkan warna gelap @ terang dengan warna lembut dan cerah supaya ianya tidaklah nampak bosan dan kusam atau shock untuk warna terang.

Tip for slimming effect.

Jika anda mempunyai bentuk badan seperti pear, guna warna yang gelap dibahagian bawah.  Jika bentuk badan seperti apple, elakkan warna-warna terang dibahagian perut.  Cuma perlu tegaskan warna terang di bahagian kaki.  Jika bentuk badan anda seperti hourglass, ambil perhatian pada bahagian pinggang dengan colour block.