Assalamualaikum..
1stly, syukur alhamdulillah atas kekuatan yang saya ada sekarang untuk meneruskan kehidupan yang serba kehilangan ini. 2ndly, trimazz for my dad, hubby and my beloved siblings, dear family and all friends yang sentiasa memberi sokongan padu dan sentiasa mendoakan saya. Insya Allah kata nasihat semua akan saya pegang sampai bila-bila.
Ya Allah, kepergian emak tersayang yang meragut seketika jiwa dan fikiran saya, siblings and especially my dad. Bukan itu saja, sahabat handai yang sepejuangan bertungkus lumus memperjuangkan pendidikan anak-anak warga Daro serta sahabat yang memperusahakan perniagaan turut terasa. Dimana, dikala saya menulis ini masih lagi ada sahabat yang tidak mampu duduk lama di Busana Sifu. Kepergiannya diingati dan ditangisi bukanlah tidak meredhai, tetapi kepergiannya tiada ganti..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin yarabalalamin.
Seperti sekarang, saya dengan ikhlas hati meneruskan perjuangan arwah emak mengusahakan Busana Sifu. Ya Allah, semoga diberi kekuatan untuk aku meneruskan semua ini. Alhamdulillah, saya cuba satu demi satu dan kini baru terasa penat lelah yang dirasainya selama ini. Hasil titik peluh ini lah yang membesarkan kami adik beradik sehingga ke akhir hayatnya.
Kini, saya cuba bergerak satu langkah dengan membuka perniagaan di internet iaitu The Sifu's Closet. Diharap semua boleh menerima Busana Sifu @ The Sifu's Closet dengan ikhlas hati tanpa perasaan hasad dengki.
No comments:
Post a Comment