Wednesday, 21 August 2013

SNAP2 DI MT. KINABALU

KK - LD TRIP

Bismillah

Saya nak kongsikan sikit view-view Gunung Kinabalu dari jarak jauh hehehe..bilalah boleh sampai terus ke puncaknya kan..

Gambar ni diambil masa trip family ke Lahad Datu, singgah sekejap nak snap2 sikit untuk kenangan.




OTW to Lahad Datu, kita akan lalu Ranau, Kundasang dan kita akan lalu Pekan Nabalu juga..
Disepanjang jalan ni kita boleh nampak GUNUNG KINABALU.

Kami singgah sekejap di Pekan Nabalu, untuk berehat dan buang apa yang patut hehe..
gambar diatas adalah view Gunung Kinabalu dari Menara Pekan Nabalu..best !! sejuk, tambah pula udara pun segar.  Patut la Adira AF kulitnya gebu, tiada pencemaran di kampung halamannya ni.


Perasan tak ada bumbung2 kat gambar tu, disana ada jual barangan kraftangan Sabah, bolehlah beli untuk buah tangan.  Selain tu, disana pun ada jual bunga2 dari hutan berdekatan contohnya orkid. Terdapat beratus2 jenis orkid yang ada.



haaa nampak dah puncak gunung kann..kami kira beruntung la boleh nampak puncak gunung ni waktu begini, waktu matahari dah pacak atas kepala...sebab orang cakap, kalau kita tak bergerak dari KK dalam jam 5am-6am susah nak nampak puncak ni, sebab ditutupi awan dan kabus.
nasib menyebelahi kami kann..

Subhanallah, indah sungguh ciptaan-Mu ya Allah



 Selain itu, kita akan lalu satu tempat macam platform ni..boleh view gunung lebih dekat, macam gunung tu di hujung jari saja dekatnya..
Disinilah sesuai untuk kita nak buat sesi fotografi huhu..

OUR FAMILY
THE SISTERS
NOOR MOHD & PRINCESS
HUSBAND & ME
MOUNT KINABALU

 Sesiapa yang ada plan ke sana, disyorkan anda menyewa kenderaan sendiri, lebih senang nak singgah2..Untuk trip kami, kami sewa van Urvan Nissan yang dipandu oleh my husband sendiri dengan caj RM 250/day.

Tempat2 yang boleh disinggah disini, Kinabalu National Park, Poring ( kolam air panas ), Kuari ( kalau nak tengok bunga refflesia) , Ladang Tenusu ( macam kat New Zealand ) hehe ada lg yang tak tersenarai ni.  Tempat penginapan pun banyak ada hotel, resort dan motel.

ok bye, HAVE A NICE DAY : )



BLOG SAYA

Assalamualaikum w.b.t & hello..

Saya baru nak start berblog semula ni, in sha Allah akan terus update blog.  Sebenarnya entah berapa banyak blog dah saya created, tapi terbengkalai begitu saja.  ermm..bila dah berbulan2 tak update password semua lupa..

Blog yang inilah yang saya masih ingat passwordnya, yg dulu saya selalu updatekan.  Saya mulakan semula blog saya dengan entri perkahwinan abang saya, ' riena + agus ' jadilah rienagus hehe..

Saya tiba2 rasa tergerak hati nak sign up as a blogger ni bermula dari saya mengikuti blog penyanyi yang saya minati iaitu Yunalis Zarai.  Bila yuna mention blogger Suri Aryani ni telah menggayakan shawl dari butik miliknya IAMJETFUELSHOP, saya mulalah belek2 blog dia dari hari ke hari.  Dari situ juga saya boleh kenal blogger2 lain seperti Dian Pelangi, Hana Tajima, Nurul Cakap Cakap, dan ramai lagi terumanya member2 SCARFLET.

Dengan mengikuti2 cerita2 dari fashion blogger Malaysia nilah membangkitkan keinginan saya untuk createdkan blog saya ni..walaupun mungkin entri saya nanti tak la se'best' entri mereka kann..Saya mula berblog ni dengan harapan saya dapat berkongsi cerita dengan semua tentang apa yg saya minat, suka & selalu buat.  Walaupun usia blog saya ni dah setahun, tapi sebenarnya saya masih baru lagi di alam blog ni.


HAPPY READING : )

Saturday, 17 August 2013

CERITERA RIENAGUS'S WED #3

RESEPSI

Tarikh : 28 Mac 2013
Bersamaan : 16 Jamadil Awal 1434h
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Siew Ching, Lahad Datu

semua entri rienagus's wed adalah throwback k.. baru ada kesempatan nak berblog semula



PERSALINAN PERTAMA

Tema baju kami pada hari resepsi adalah warna biru : )

MY LATE MUM'S SISTERS

SAMA KANNN ?
AWA N EMA
POTONG KEK
PERSALINAN KEDUA
OUR FAMILY
OUR BIG FAMILY COMBINDED

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang.. Semoga Agus Hadinata & Shopinah berbahagia sehingga ke Jannah.  Semoga segala tanggungjawab sebagai suami isteri dapat digalas dengan baik..

Amin Yarabbal alamin

CERITERA RIENAGUS'S WED #2

IJAB & QABUL

Pengantin perempuan iaitu kakak iparku, berasal dari Lahad Datu, Sabah.  Sebenarnya masa ni,  Lahad Datu baru saja diserang oleh sekumpulan pengganas dari Filipina iaitu orang2 Jamalul Kiram a.k.a Sultan Sulu kununnn.. hahaha..

Uhhh rasa khuatir dan takut dengan keselamatan diri masing2, tapi kami cekalkan juga jiwa dan raga untuk kesana dengan membawa rombongan pengantin lelaki dan menunaikan hajat penyatuan dua hati ini untuk mendirikan masjid.

Alhamdulillah syukur diatas izin dan lindunganmu ya Allah, semuanya baik2 saja..keadaan di Lahad Datu masa itu terkawal dan kawasan yang ingin di tuju iaitu Kg. Puyut, Lahad Datu dimana terletaknya rumah pengantin perempuan bukanlah kawasan kuarantin..

THE HANTARAN
MY LIL BAM2
SUPER NERVOUSS
RAJA SEHARI ANGKAT DULANG

Ready to go.. idea yang ohsem bertemakan warna merah..
look so fresh kann

ohh ya, sebelum terlupa..penginapan kami di LD ditaja sepenuhnya oleh my sis in law's boss iaitu di Hotel Asia, Lahad Datu merupakan hotel miliknya sendiri

terima kasih tak terhingga, superrr selesa


@ Kg. Puyut, Lahad Datu
here we come !!

AKAD


SAH !!

BATAL WUDHU'

SARONG CINCIN

DU'A

DONE ! MR & MRS AGUS HADINATA



Saya akhiri entri ini dengan photo kumpulan Qasidah dimana ahli2 nya terdiri daripada adik2 n anak2 buah my sis in law..

Excited juga dengar paduan paluan kompang & tambur diorang ni..semoga teruskan usaha semua memajukan seni Qasidah ni k.. 2 thumbs up !


CERITERA RIENAGUS'S WED #1

MALAM BERINAI

"Malam Belulut" istilah di Sarawak..majlis memakai inai & bedak, kalau sekarang semuanya express & instant inai mahupun bedak (lulur) malah ada mandian lulur pelagai jenama lagikan..Kalau dulu ramai2 akan tumbuk inai dan buat homemade lulur.  Bedak @ lulur ni bertujuan untuk menaikkan seri wajah pengantin.

Majlis ini biasanya diadakan di pihak keluarga pengantin masing-masing.  Memandangkan abangku pernah tinggal di Kg. Cenderamata 2 Likas ni, warga kampung menghadiahkan abangku majlis ni yang telah diatur dan dirancang sepenuhnya oleh mereka.  Iaitu all my in lawss..

Ribuan terima kasih diatas kesudian dan penghargaan kalian semua untuk kami yang datang dari Sarawak.



Pelamin & kostum suku kaum Bajau ditaja sepenuhnya oleh bapa mertuaku 
Boleh ditempah untuk di seluruh Sabah,
Hubungi 014-855 1473 En. Sarigan & 012-844 9110 Pn. Rafidah

* look so tribal kannn


upacara berzanji untuk mendapat keberkatan Allah s.w.t





PAKCIK MULKASEH ADALAH ORANG KUAT MAJLIS

upaca menepung tawar



pakaian sangat casualkann.. sebab majlis ni agak suprised : )


PENGANTIN PUN WAJIB !

Tarian ' Manuk-manuk Lembukun' satu kemestian di Kg. Cenderamata 2 ni jika ada keramaian walaupun hanya majlis sambutan hari jadi..
Keharmonian yg PRICELESS

Apa yang best tarian ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat.